Sunday, October 25, 2009

Barut Gantung

 SAMPEL BARUT GANTUNG PELBAGAI CORAK





 Barut gantung khas untuk bayi yang sudah tidak muat memakai barut biasa, bayi yang sudah meniarap, merangkak atau bagi ibu-ibu yang ingin mengekalkan pemakaian barut. Digunakan untuk menutup dada dan perut bayi bagi mengelakkan sejuk dada atau kembung perut.

***Cara memakainya ialah dengan mengikatkan dua tali di belakang leher bayi seperti memakai "bib"(alas dada bayi) dan dua tali lagi diikatkan di belakang pinggang bayi.

Size: 14.5" x 9"



Keistimewaan: kedua-dua lapisan bercorak. Boleh digunakan kedua-dua bahagian. 

***SILA BERIKAN WARNA PILIHAN BARUT GANTUNG KERANA CORAK SENTIASA BERUBAH 


Contoh pemakaian barut gantung

Add caption



   

                 Contoh pemakaian dari sebelah hadapan       


Tiga jenis barut gantung yang dikeluarkan oleh MYBABYCOMEL

1. Barut Gantung Material Cotton Biasa
Kod: BTG-S
RM6.30/helai (RM30/set 5 helai)

Keistimewaan:
-kedua-dua lapisan menggunakan material cotton biasa bercorak
-lebih nipis dan sesuai ketika pemakaian di hari siang.
-menutupi bahagian dada hingga ke bawah perut baby (boleh elakkan asma)
-sesuai untuk bayi berusia 3 bulan hingga 1 tahun/2thn
-mempunyai 3 pasang tali di kiri dan kanan
-untuk bayi yang baru lahir, boleh dilipat di bahagian bawah sekiranya besar
-

Sampel Barut Gantung Cotton Biasa (Kod BTG-S)
BTG-S

      

2. Barut Gantung Cotton Plain Flannel
 Kod: BTG-P
RM6.50/helai (RM31/set 5 helai)

Keistimewaan:
-kedua-dua lapisan menggunakan material cotton plain flannel
-lebih tebal dan sesuai ketika pemakaian siang dan malam kerana 100% cotton
-menutupi bahagian dada hingga ke bawah perut baby
-sesuai untuk bayi berusia 3 bulan hingga 1 tahun/2thn
 -mempunyai 3 pasang tali di kiri dan kanan
-untuk bayi yang baru lahir, boleh dilipat di bahagian bawah sekiranya besar


 sampel barut gantung plain flanel
BTG-P
 BTG-P1 (putih)
P2(pink)
P3(biru)
P4(hijau)
P5(oren)

***sila berikan warna pilihan anda

3. Barut Gantung Cotton Bercorak Flannel
 Kod: BTG-C
RM6.70/helai (RM32/set 5 helai)

Keistimewaan:
-kedua-dua lapisan menggunakan material cotton bercorak flannel
-lebih tebal dan sesuai ketika pemakaian siang dan malam kerana 100% cotton
-menutupi bahagian dada hingga ke bawah perut baby
-sesuai untuk bayi berusia 3 bulan hingga 1 tahun/2thn
 -mempunyai 3 pasang tali di kiri dan kanan
-untuk bayi yang baru lahir, boleh dilipat di bahagian bawah sekiranya besar
-
sampel barut gantung flanel bercorak
BTG-C 
 ***corak-corak sentiasa berubah bergantung kepada stok kain
-sila berikan corak yang diingini sama ada boy/girl


 

Thursday, August 20, 2009

Panduan membeli barut bayi

Terdapat 3 saiz untuk pilihan ibu-ibu iaitu:

S- 17" x 5" (43cm x 13cm)

M- 19" x 5.5" (49cm x 14cm)

L- 21" x 6" (54cm x 16cm)

Sebagai panduan:

S- newborn baby ( berat below 4.5kg)

M-newborn ->4 months (berat below 7kg)

L- 3 months and above ( berat above 6.5kg)

Untuk bakal2 ibu yang belum pernah menimang cahaya mata, seelok-eloknya belilah barut baby pelbagai saiz sebab baby memang cepat membesar dan pembesarannya kadang2 di luar jangkaan kita. Campur2 semua saiz S, M dan L sebab kadang2 saiz S tu boleh dipakai selama sebulan sahaja atau mungkin lebih singkat dari itu dan kalau beli semua saiz M, buatnya baby terkecik masa lahir, tak boleh nak pakai pulak sebab barut terlebih besar. Kena tunggu baby besar sikit baru boleh pakai barut.

Kadang-kadang masa di dalam pantang, baby kita pulak jenis lawas membuang...memang akan kerap menukar diaper dan juga barut. Mungkin 5 helai barut tidak cukup sepanjang tempoh berpantang dan seelok2nya kita memiliki dalam 15 helai barut supaya mudah ditukar ganti apabila baby kerap membuang. Lagipun tidak rugi membeli lebih sedikit sebab boleh diwariskan kepada baby yang seterusnya. Saya pun masih lagi simpan barut yang mak saya guna zaman saya dulukala untuk dipakaikan kat first baby saya dulu sebagai tambahan, masa tu tak pandai lagi jahit2 barut ni.

Hanya sebagai panduan buat ibu2 baru, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli. Saiz-saiz di atas juga bergantung kepada saiz bayi anda. Ini kerana bayi cepat membesar. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli.

Thursday, June 04, 2009

Beza kain bedung vs kain lampin

Ramai yang bertanya tentang saiz bedung yg saya buat. Apa beza bedung dan kain lampin? Oh ya...bedung ni saiz nya lebih besar dari kain lampin , dan kalau nak bedung baby guna kain lampin kita kena pakai 2 helai, kalau pakai sehelai kain lampin, bedung kaki dada nampak, bedung dada kaki terjulur keluar. Untuk lebih selesa dan mudah, gunakan kain bedung khas, tutup semua...

Haaa...ni dia beza bedung dan kain lampin, boleh tengok saiznya sebab bedung ni bidang 35" x 35"(M), kalau kain lampin biasanya 25" x 30". Kalau dalam cm pulak, lagi 10cm cukup satu meter utk saiz kain bedung di atas...sbb bidang kain bedung ni 35".

Sampel kain bedung di atas adalah dari kod BC04-yellow new york dan bersaiz M (35"x35"). Kalau kain bedung yang bersaiz L (40"x40"/ 1M x 1M) lebih besar dan sesuai dipakai sehingga baby besar untuk dijadikan selimut. Memang tak rugi beli, kain bedung pelbagai guna.

Monday, June 01, 2009

Tempahan bedung baby



Tempahan bedung bayi

Size :
M -35" x 35"
L - 40" x 40"
Harga:
plain colourM-RM14.50

L- tiada
bercorak


L- RM16.50
Material: 100% kain cotton flannel-sangat lembut untuk bayi

Ciri-ciri: dijahit di setiap penghujung kain.(lihat gambar di atas)

Warna: sila rujuk kod tempahan





Sample bedung bayi

Antara corak dan colour yang boleh didapati. Nombor kod boleh dirujuk pada kod untuk tempahan. Jangan segan-segan untuk menempahnya. Semuanya 100% home made. Semua bedung adalah pada saiz 35"x35" dan juga saiz 40" x 40"(1meterx1meter).

Thursday, May 14, 2009

Contoh pemakaian barut


Gambar menunjukkan cara memakaikan barut kepada baby. Baby memakai barut bercorak daripada material kain cotton flannel bersaiz M. Baby tersebut berusia 5 bulan dan mempunyai berat sekitar 6-7 kg. Disebabkan saiz barut yang sengaja direka lebih besar dan panjang, barut ini boleh dipakai sehingga baby berumur 5 bulan. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada saiz badan bayi. Memang tak rugi kalau beli. Tidak seperti di pasaran yang mana lebarnya sekadar untuk menutup pusat sahaja dan tidak boleh dipakai sehingga habis pantang.

Barut ini juga boleh diwariskan kepada anak-anak yang seterusnya, jadi tidak perlu membeli berulangkali, di samping kualitinya yang sentiasa dijaga. Mesti cuba...

Sampel barut kod BSL

Baby nawal menggunakan barut saiz L-besar
SILA EMEL/ SMS PESANAN ANDA UNTUK LEBIH MEMPERCEPATKAN URUSAN TEMPAHAN.

BERIKAN KOD TEMPAHAN, SAIZ DAN KUANTITI..