Ads 468x60px

Thursday, August 20, 2009

Panduan membeli barut bayi

Terdapat 3 saiz untuk pilihan ibu-ibu iaitu:

S- 17" x 5" (43cm x 13cm)

M- 19" x 5.5" (49cm x 14cm)

L- 21" x 6" (54cm x 16cm)

Sebagai panduan:

S- newborn baby ( berat below 4.5kg)

M-newborn ->4 months (berat below 7kg)

L- 3 months and above ( berat above 6.5kg)

Untuk bakal2 ibu yang belum pernah menimang cahaya mata, seelok-eloknya belilah barut baby pelbagai saiz sebab baby memang cepat membesar dan pembesarannya kadang2 di luar jangkaan kita. Campur2 semua saiz S, M dan L sebab kadang2 saiz S tu boleh dipakai selama sebulan sahaja atau mungkin lebih singkat dari itu dan kalau beli semua saiz M, buatnya baby terkecik masa lahir, tak boleh nak pakai pulak sebab barut terlebih besar. Kena tunggu baby besar sikit baru boleh pakai barut.

Kadang-kadang masa di dalam pantang, baby kita pulak jenis lawas membuang...memang akan kerap menukar diaper dan juga barut. Mungkin 5 helai barut tidak cukup sepanjang tempoh berpantang dan seelok2nya kita memiliki dalam 15 helai barut supaya mudah ditukar ganti apabila baby kerap membuang. Lagipun tidak rugi membeli lebih sedikit sebab boleh diwariskan kepada baby yang seterusnya. Saya pun masih lagi simpan barut yang mak saya guna zaman saya dulukala untuk dipakaikan kat first baby saya dulu sebagai tambahan, masa tu tak pandai lagi jahit2 barut ni.

Hanya sebagai panduan buat ibu2 baru, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli. Saiz-saiz di atas juga bergantung kepada saiz bayi anda. Ini kerana bayi cepat membesar. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak ketika membeli.

0 comments:

SILA EMEL/ SMS PESANAN ANDA UNTUK LEBIH MEMPERCEPATKAN URUSAN TEMPAHAN.

BERIKAN KOD TEMPAHAN, SAIZ DAN KUANTITI..