Thursday, April 15, 2010

Panduan memakai bedung berpelekat MyBabyComel

Bedung berpelekat yang saya buat ni telah diberikan beberapa sentuhan istimewa untuk lebih memudahkan pemakaian dan lebih praktikal. Pada poket bedung tersebut saya telah letakkan pita pelekat velcro supaya lebih mudah untuk memasukkan baby. Buka pita pelekat, masukkan baby dan lekatkan balik. Tak perlu risaukan pita pelekat terkena kulit baby kerana saya hanya meletakkan pita bersaiz kecil, cukup sekadar untuk melekatkan poket bedung tapi dari jenis yang melekat kuat.

Poketnya juga saya buat besar supaya muat untuk newborn baby sehingga baby berumur 3 bulan dan menutupi seluruh badan baby.  Tangan baby boleh dimasukkan terus ke dalam poket. Jadi, tak perlu bimbangkan tangannya menggapai2 keluar bedung.

Bedung ini adalah free size dengan panjang  yang menjangkau 34" dan lebar lebih kurang 20". Memang besar sekiranya baby kita kecil. Jangan bimbang jika bedung ni kelihatan terlalu besar. Ibu-ibu bolehlah melipat bahagian bawah bedung untuk disesuaikan dengan saiz bayi selepas memasukkan baby ke dalam poket. Juga boleh dilipat bahagian kiri bedung ketika membedung bayi kerana pelekat velcro tersebut saya telah letakkan di tempat yang strategik. Boleh disesuaikan untuk baby yang bersaiz kecil. Memang mudah dan ringkas. Sesuai untuk ibu2 ketika di dalam pantang. Tidak perlu melilit bedung di sekiling badan baby lagi yang kadang-kadang memang merimaskan sebab bedung yang tidak dililit kemas akan menyebabkan tangan dan kaki terkeluar.







Contoh poket yang boleh dibuka supaya mudah memasukkan baby.






Gambar sebelum dilipat sekiranya baby bersaiz kecil










Contoh saiz bedung yang telah menjadi  kecil selepas disesuaikan dengan saiz baby.




Apa lagi yang ditunggu, inilah penyelesaian yang dicari-cari oleh ibu-ibu untuk lebih mudah membedung bayi.
Dengan bedung berpelekat MyBabyComel, semua masalah akan selesai.
SILA EMEL/ SMS PESANAN ANDA UNTUK LEBIH MEMPERCEPATKAN URUSAN TEMPAHAN.

BERIKAN KOD TEMPAHAN, SAIZ DAN KUANTITI..