Tuesday, January 18, 2011

Tungku Bayi 7 Herba


"TUNGKU BAYI 7 HERBA"
Di pasaran terdapat pelbagai jenis tungku herba, bermula dari harga yang murah hinggalah kepada harga yang lebih mahal. Masing2 bergantung kepada jenis herba yang digunakan, semakin sedikit jenis herba yang digunakan maka akan semakin murahlah harga tungku tersebut.

Tungku bayi 7 herba yang dikeluarkan oleh MyBabyComel, menggunakan 7 jenis herba terpilih yang terdiri daripada habbatus sauda, halia bara, jintan manis, halba dan pelbagai jenis herba lagi  menjadikan 7 jenis herba yang mana diketahui mampu mengatasi pelbagai masalah pada bayi yang baru lahir dengan izin Allah, seperti masalah kembung perut, sembelit atau tidak lawas buang air besar dsbnya..

Ini adalah tradisi warisan orang tua2 dahulu yang kembali dipraktikkan di zaman moden sepertimana juga penggunaan barut bayi. Apa salahnya kita menggunakan tradisi lama yang baik untuk bayi kita daripada kita menanggung masalah baby meragam ketika di dalam pantang. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana sukarnya mengatasi masalah apabila baby kembung perut atau tidak lawas buang air besar. Bila baby  menangis sepanjang hari, memang gelabah kita dibuatnya, terutama bagi ibu2 yang baru pertama kali melalui pengalaman anak pertama.

Boleh juga dituam di sekitar pusat bayi untuk mengecutkan pusat bayi dengan lebih cepat dan mengelakkan pusat bayi tersembul keluar. Apapun kena rajin tuam sambil urut keliling pusat bayi dengan cara membuat pusaran. Susah jugak nak cerita benda2 yang praktikal ni. Sebelum tuam tu, sapukan dulu minyak telon atau apa sahaja minyak yang sesuai utk perut baby. Jangan gunakan sebarangan minyak contohnya minyak yang kita tahu panas dan tidak sesuai utk bayi.

Apa yang penting adalah pencegahan awal daripada kita menanggung akibatnya. Baby kita adalah permata hati kita. Bila dia sakit kita juga akan merasa kesakitannya sama. Tungku ini boleh disimpan dan digunakan hingga anak yang seterusnya kerana apabila proses pemanasan sentiasa berlaku, ia membantu mengeringkan herba2 di dalam. Saya juga masih menyimpan tungku bayi saya yang lama2 dan masih berkeadaan elok. Simpan di tempat kering yea, jgn letak kat dapur..





 "Tungku Bayi 7 Herba" menggunakan 7 jenis herba2 terpilih yang berfungsi untuk:
1. mengelakkan perut bayi dari dimasuki angin atau kembung perut
 2. mengecutkan pusat bayi apabila dituam di sekeliling pusat bayi
 3. mengelakkan angin pasang bagi bayi lelaki apabila dituam di sekeliling zakar bayi lelaki
4. memanaskan badan bayi apabila dituam selepas mandi.

Cara penggunaan:
Boleh dipanaskan tungku bayi 7 herba ini pada sterika atau tungku ibu dengan menggunakan suhu suam2 kuku. Sebelum tu, rasa dahulu kepanasan tungku dengan menggunakan belakang telapak tangan sebelum menuamnnya pada badan bayi.
Ini adalah warisan daripada keluarga sebelah mertua saya, dan saya menggunakannya untuk mengelakkan perut bayi dari dimasuki angin dan pelbagai masalah lain seperti sembelit dsbnya disebabkan badan bayi yang masih baru dengan udara dunia.


Berat: 40g
Harga MyBabyComel: RM17

0 comments:

SILA EMEL/ SMS PESANAN ANDA UNTUK LEBIH MEMPERCEPATKAN URUSAN TEMPAHAN.

BERIKAN KOD TEMPAHAN, SAIZ DAN KUANTITI..